Monday, August 2, 2010

Kejohanan Sepak Takraw 1 Malaysia

Kejohanan Sepak Takraw 1 Malaysia Piala Y.bhg Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh ( Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu.



GASTEP Juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Dato' Wan Ahmad Farid..


Saturday, July 31, 2010

Pasar Minggu Taman Shahbandar (Walk About)

 
Dato' Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kuala Terengganu turun padang melawat Tapak  Pasar Minggu Di Taman Shahbandar disambut meriah dengan ahli-ahli jawatankuasa Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Daerah Kuala Terengganu.
 
 
Sumbangan ikhlas dari pada Dato' berupa kain alas meja jualan kepada semua peniaga-peniaga.
Sempat mencuba menyediakan  salah satu jenis  kuih tradisional yg dijual oleh Puan Salbiah.


Pemimpin serba boleh. Dato' memasak mee goreng sambil diperhatikan oleh 'Ayah Wan' 

Berehat sebentar bagi melepaskan kepenatan sambil mendengar masalah - masalah yang diajukan kepada Dato' daripada JawatanKuasa Peniaga -Peniaga Pasar Malam.

Lawatan ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin bersama rakyat dan juga dapat melihat dan mendengar sendiri masalah yang berkaitan dengan penjaja yang berniaga di Dataran Shah Bandar

30.07.2010

Tuesday, July 27, 2010

Program Dana Bakti Remaja DUN Ladang 2010

Program Dana Bakti Remaja DUN Ladang 2010 telah diadakan pada hari ini 26/7/2010 (Isnin). Seramai 1903 penerima pada Program Dana Bakti Remaja kali ini. 
 
  Penceramah jemputan iaitu Saudara Lokman Noor Adam., Exco Pemuda Umno Malaysia, turut hadir bagi menyampaikan ucapan bagi menyemarakan lagi semangat perjuangan golongan remaja yang hadir.
Antara 1903 penerima pada Program Dana Bakti Remaja bagi Dun Ladang 
 
Sempat menjeguk (Tok Penghulu) yang ditugaskan dari Pejabat Daerah Kuala Terengganu menada tangani, pengesahan boucher penerimaan Dana Bakti Remaja.

Penerima tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Y.Bhg Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh sementara menunggu giliran mereka.

Saturday, July 17, 2010

Juara Rakyat ( 1 Malaysia )


JOM PAKAT MARI RAMAI-RAMAI...

Majlis Taklimat dan Penerangan K5

Majlis Taklimat dan Penerangan K5 Dun Wakaf Mempelam

Sempat bergurau senda dengan anggota2 K5, sementara menanti majlis Taklimat dan Penerangan K5 bermula.

 Maljis dihadiri Y.bhg Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh selaku Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu merangkap Pengerusi Penyelaras DUN Wakaf Mempelam dan Tn Hj. Mahyudin bin Wan Ngah selaku Pegawai Pegawai Pembangunan DUN Wakaf Mempelam merangkap Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Wakaf Mempelam.

 Antara anggota - anggota K5 yang hadir bagi mendengar Taklimat dan Penerangan K5 yang disampaikan oleh  En Othman Endut.

 

Menyampaikan amanah dan pesanan kepada Petugas K5. Menerangkan akan kepentingan K5, antaranya tugas-tugasnya ialah menangkis dakyah yang terpesong yang dibawa oleh pembangkang.

 Sesi soal dan jawapan. Bagi memudahkan petugas-petugas bertanya akan kekeliruan yang perlu diperjelaskan.

Saturday, July 3, 2010

Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO


MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN KUALA TERENGGANU 2010



Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Terengganu dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh Selaku Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
 Beliau menyatakan bahawa peranan wanita adalah amat besar didalam menjaminkan kemenangan atau kejatuhan sesebuah parti politik itu.
  Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Terengganu, Puan Hajah Jannah Zaleha Binti Nik menyampaikan amanat dan pesanan kepada wanita-wanita umno yang hadir akan kemuliaan perjuangan mereka didalam Umno.

Kesetiaan wanita dalam memperjuangkan Umno ditunjukkan dengan jumlah kehadiran mereka yang amat memberangsangkan.

Yang Berbahagia Dato' menyampaikan penghargaan semperna Program Cakna Wanita 


Pelancaran Program Tabung Cakna Gaza anjuran Pergerakan Wanita Umno Kuala Terengganu

Tarikh : 3 Julai 2010 (Sabtu)
Lokasi : Dewan Besar Seri Amar, Wisma Seri Amar, Kuala Terengganu







Majlis Perasmian Mesyuarat Pewakilan


 Kehadiran Pewakilan Pemuda dan Puteri yang amat memberangsangkan menunjukkan akan kebangkitan generasi ini yang akan mempertahankan dan meneruskan perjuangan Umno.


  Y.bhg Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh merangkap Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu menyampaikan amanah dan pesanan kepada Pewakilan Pemuda dan Puteri Umno yang hadir akan kepentingan generasi ini bangkit untuk berjuang mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.




Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Y.B. Dato' Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.