Runtuh Kampung Melayu, Bina Banglo Besar
Di Selangor, DAP sudah mula bercadang untuk membina banglo mewah untuk "encik B" bernilai RM100 juta di Kuala Langat, orang Melayu bakal dihalau perlahan lahan di sana. Di Pulau Pinang, sebuah negeri yang diperintah sepenuhnya oleh DAP, pembangunan lebih diutamakan berbanding kebajikan rakyat. Penduduk di Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Asam dan Kampung Binjai menerima kesan pemerintahan cara DAP di Pulau Pinang. Begitulah cara mentadbir seorang khalifah Guan Eng mentadbir. Seorang amat kejam, cauvanis dan tidak berperikemanusiaan.
Pada 1 Julai 2010, 16 belas buah rumah orang Melayu di Kampung Pokok Asam, Pulau Pinang mahu dirobohkan untuk dibina kediaman berharga RM800,000 sebuah. Satu lot hanya diberi pampasan RM75,000 sahaja, sedangkan dalam satu lot rumah ada tiga buah keluarga. Sejumlah 200 orang penghuni terlibat. Pemaju tentunya untung berkali ganda. Kampung Pokok Asam ini terletak dalam parlimen Jelutong yang diwakili oleh Jeef Ooi (Pengawai Khas Lim Guan Eng). Mungkinkah ada orang politik daripada DAP yang terlibat dalam membuat keuntungan dalam projek pembangunan di Pokok Asam? SPRM perlu menyiasat perkara ini dengan teliti. Penduduk di kampung tersebut telah tinggal di sana sejak 90 tahun yang lalu, amat tidak adil bagi mereka diperlakukan seperti pendatang haram di atas tanah sendiri.
Apa yang diperkatakan oleh Guan Eng dan Kuan Yew? Apakah nasib orang Melayu di Pulau Pinang akan sama seperti di Singapura?
Selepas ini Kampung Binjai pula akan menjadi sasaran pembangunan DAP di Pulau Pinang. 50 buah rumah akan digantikan dengan pembinaan rumah berkembar 3 tingkat berharga lebih RM500,000 setiap satu. Pampasan yang dibayar tidak munasabah harganya sedangkan keuntungan yang dibuat berlipat ganda. Persoalannya, beginikah cara DAP membuat keuntungan di Pulau Pinang? Berapa ramai orang Melayu yang mampu membeli rumah yang berharga RM500,000 ke atas? Atau ini salah satu projek untuk menempatkan pengundi baru DAP bagi pilihan raya akan datang. Sampai bila pun jika orang Melayu di Pulau Pinang masih melihat isu ini sebagai satu masalah yang terasing dan jauh dari mereka, selagi itulah DAP akan lebih berani bertindak. Cuba bilang tengok berapa banyak lagi kampung Melayu yang masih ada di Pulau Pinang. Esok lusa, entah siapa yang akan kena. Tidak kira PAS, PKR atau UMNO, orang Melayu kena lihat isu ini sebagai isu yang menghina bangsa Melayu. Bersatulah sebelum dihalau dari bumi sendiri.
Pada 1 Julai 2010, 16 belas buah rumah orang Melayu di Kampung Pokok Asam, Pulau Pinang mahu dirobohkan untuk dibina kediaman berharga RM800,000 sebuah. Satu lot hanya diberi pampasan RM75,000 sahaja, sedangkan dalam satu lot rumah ada tiga buah keluarga. Sejumlah 200 orang penghuni terlibat. Pemaju tentunya untung berkali ganda. Kampung Pokok Asam ini terletak dalam parlimen Jelutong yang diwakili oleh Jeef Ooi (Pengawai Khas Lim Guan Eng). Mungkinkah ada orang politik daripada DAP yang terlibat dalam membuat keuntungan dalam projek pembangunan di Pokok Asam? SPRM perlu menyiasat perkara ini dengan teliti. Penduduk di kampung tersebut telah tinggal di sana sejak 90 tahun yang lalu, amat tidak adil bagi mereka diperlakukan seperti pendatang haram di atas tanah sendiri.
Apa yang diperkatakan oleh Guan Eng dan Kuan Yew? Apakah nasib orang Melayu di Pulau Pinang akan sama seperti di Singapura?
Selepas ini Kampung Binjai pula akan menjadi sasaran pembangunan DAP di Pulau Pinang. 50 buah rumah akan digantikan dengan pembinaan rumah berkembar 3 tingkat berharga lebih RM500,000 setiap satu. Pampasan yang dibayar tidak munasabah harganya sedangkan keuntungan yang dibuat berlipat ganda. Persoalannya, beginikah cara DAP membuat keuntungan di Pulau Pinang? Berapa ramai orang Melayu yang mampu membeli rumah yang berharga RM500,000 ke atas? Atau ini salah satu projek untuk menempatkan pengundi baru DAP bagi pilihan raya akan datang. Sampai bila pun jika orang Melayu di Pulau Pinang masih melihat isu ini sebagai satu masalah yang terasing dan jauh dari mereka, selagi itulah DAP akan lebih berani bertindak. Cuba bilang tengok berapa banyak lagi kampung Melayu yang masih ada di Pulau Pinang. Esok lusa, entah siapa yang akan kena. Tidak kira PAS, PKR atau UMNO, orang Melayu kena lihat isu ini sebagai isu yang menghina bangsa Melayu. Bersatulah sebelum dihalau dari bumi sendiri.
MELAYU AKAN TERUS MEWARISI TABIAT HASAD DENGKI
Oleh ZAKARIA BIDIN
Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa penyokongnya dalam pergerakan tersebut supaya berhenti mengulas mengenai beliau tidak dilantik menganggotai kabinet dalam rombakan terbaru dan sebaliknya meminta mereka memberi tumpuan kepada tugas masing-masing.
Katanya, "Saya berharap setiap orang menghormati visi perdana menteri berkaitan dengan perubahan kabinet dan saya tidak mahu mendengar sebarang komen dari pemimpin Pemuda Umno (mengenainya)," tambahnya.
Habis! Apa lagi yang beliau mahu kata. Memang sudah jelas Pemuda UMNO sedang menghadapi sindrom penghinaan dari kepimpinan atasan jika dihalusi dari segala sudut. Lainlah kalau timbalannya dan Datuk Mukhriz yang kalah di tangan beliau tidak dilantik timbalan menteri.
Sebelum pemilihan lalu, nama Khairy Jamaluddin dikaitkan dengan pelbagai perkara yang sengaja ditimbulkan di mana-mana. Hinggakan kalau ada kopi tumpah di kedai kopi pun ada orang akan berkata, “ini KJ punya kerja la ni.”
Ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya, ada orang kata, “......menantu Pak Lah punya pasal la ni yang kita terperangkap. “
Katanya, "Saya berharap setiap orang menghormati visi perdana menteri berkaitan dengan perubahan kabinet dan saya tidak mahu mendengar sebarang komen dari pemimpin Pemuda Umno (mengenainya)," tambahnya.
Habis! Apa lagi yang beliau mahu kata. Memang sudah jelas Pemuda UMNO sedang menghadapi sindrom penghinaan dari kepimpinan atasan jika dihalusi dari segala sudut. Lainlah kalau timbalannya dan Datuk Mukhriz yang kalah di tangan beliau tidak dilantik timbalan menteri.
Sebelum pemilihan lalu, nama Khairy Jamaluddin dikaitkan dengan pelbagai perkara yang sengaja ditimbulkan di mana-mana. Hinggakan kalau ada kopi tumpah di kedai kopi pun ada orang akan berkata, “ini KJ punya kerja la ni.”
Ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya, ada orang kata, “......menantu Pak Lah punya pasal la ni yang kita terperangkap. “
Begitu buruklah persepsi di kedai kopi, di jalan raya hinggalah ke peringkat tertinggi pemimpin kita walaupun Khairy terus merintis jalan kemenangan menjadi Ahli Parlimen Rembau dan seterusnya menjadi Ketua Pemuda UMNO yang sekali gus menjadi Ketua Pemuda Barisan Nasional hari ini.
Argumennya bukan soal KJ tidak dapat jawatan apa-apa dalam kabinet, tetapi kelakuan pemimpin menyisih seseorang dalam senario politik aliran yang sama melalui agihan tempat duduk kepada yang layak, yang tidak layak mahupun yang dipayungterjunkan melalui lantikan senator misalnya. Kerana itulah saya melihat ia sebagai satu penghinaan.
Bagi Khairy pula, tentulah beliau berkata jangan bising-bising dan beliau menyeru penyokongnya menerima hakikat itu dan bunyi katanya ialah lebih penting pemuda memberikan sokongan kepada kepimpinan sedia ada.
Dengan maaf, KJ tiada pilihan untuk kata begitu. Saya boleh terus komen kerana saya bukan pemuda di bawah KJ. Namun perlu ingat bahawa walaupun saya orang tua, tetapi saya pernah muda. Mungkin yang muda hari ini belum pernah tua. Walaupun orang tua lain ada yang tidak pedulikan pemuda, tetapi saya amat pedulikan apa yang berlaku dalam pemuda. Lainlah kalau saya tua tanpa melalui usia muda.
Dari setiap apa yang berlaku pada KJ yang kebetulan ditakdirkan menjadi menantu kepada mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan KJ sekali kalau boleh mahu dimantankan. Begitulah pandangan saya secara peribadi dari apa yang berlaku hari ini.
Kerana dek sangkak-sangkak itulah sebenarnya Pemuda UMNO tidak dilihat bermaya daripada banyak segi. Kalau pergerakan itu diibaratkan harimau, ia hanya harimau tanpa taring lagi seperti zaman Datuk Harun Idris.
Orang-orang yang pernah berada di zaman Datuk Harun jadi Ketua Pemuda, pergerakan itu cukup dihormati, cukup ditakuti oleh sayap parti-parti lain termasuk pembangkang. Kerana itulah di saat-saat akhir arwah Datuk Zakaria Md Deros sempat menyatakan zaman semangat kegemilangan Pemuda UMNO sudah lama berkubur.
Beliau menyatakan itu di hadapan saya di Riverside Cafe PWTC dan kami bersama yang lain membacakan Al-Fatihah untuk arwah Datuk Harun. Esok paginya kami mendapat berita Datuk Zakaria telah meninggal dunia.
Walaupun pada fahaman dan akuan Khairy bahawa perdana menteri mempunyai hak budi bicara untuk memilih anggota kabinetnya, tetapi tentunya perdana menteri juga bukan malaikat yang tidak mempunyai kelemahan seperti manusia biasa. Lagi tinggi pangkatnya, lagi banyaklah kelemahannya terserlah.
Perdana menteri juga insan biasa berdarah Melayu yang tidak semestinya tiada sifat-sifat dendam, , cemburu, rendah diri, ego yang tersendiri, boleh terpengaruh dengan pelbagai unsur negatif. Untuk orang politik, petuanya jangan dengar cakap orang dan jangan tidak dengar cakap orang.
Maksudnya dengan dengar cakap orang di sini ialah pastikan ia sahih, sah, ada bukti dan ikhlas dari penyampai. Kalau tidak dengar cakap orang, jangan jadi orang politik kerana apabila orang cakap, ia adalah kritik. Dari kritikan itulah tuan punya badan kena bina sendiri. Jangan minta orang kritik yang membina kerana pakar tidak pakar semua.
Ramai yang berkata, sesudah pertandingan, mana yang dah habis tu habislah. Buanglah yang keruh ambillah yang jernih dan bersatu tenaga dan jiwa raga kita semua untuk menentang musuh yang berkeliaran di keliling kita sekarang.
Tetapi sayang seribu kali sayang, yang keruh tidak dibuang, ditambah lagi elemen-elemen keruh lain untuk menjadi keadaan lebih keruh. Dengan gejala-gejala tidak puas hati, tidak berkenan, tidak selari dan tidak sehaluan itulah akan menjadikan UMNO yang mengetuai Barisan Naisonal tidak akan menemui satu jalan mudah untuk bertaut semula seperti zaman-zaman kegemilangannya.
Kalau dalam politik ada pepatah yang berkata ‘tiada musuh yang kekal, tiada kawan yang kekal’, ia sudah lama berubah menjadi ‘dalam politik perlu ada musuh dan bila berkawan, awaslah kerana kawan itu boleh makan kawan.’
Pencapaian Malaysia Dalam Kesihatan Boleh Dijadikan Penanda Aras – Muhyiddin
Jun 12th, 2010KUALA LUMPUR 12 Jun – Pencapaian Malaysia dalam bidang kesihatan adalah cemerlang dan boleh digunakan sebagai penanda aras oleh negara-negara membangun yang lain, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata ciri penting bagi pencapaian negara dalam bidang kesihatan ialah akses universal kepada sektor kesihatan awam komprehensif, jaminan jaringan bagi perbelanjaan bencana bagi penyakit kronik, bayaran minimal atau tiada bayaran bersama bagi perkhidmatan dalam sistem awam dan perkhidmatan kesihatan yang menumpukan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit dengan system kesihatan sektor swasta responsif.
“Sehubungan itu berlaku peningkatan signifikan terhadap status kesihatan populasi kita dengan pengurangan kadar morbiditi dan mortaliti dan peningkatan jangka hayat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-67 Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) pada Konvensyen Saintifik dan Pameran Perdagangan Antarabangsa FDI di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari Sabtu.
Bagaimanapun, katanya sistem pembiayaan bagi penjagaan kesihatan sedia ada tidak dapat dikekalkan kerana terdapat banyak cabaran.
Cabaran utama ialah pembahagian antara sektor awam-swasta yang semakin luas, kurang efisien daripada segi operasi antara kedua-dua sektor, perbezaan dalam amalan dan standard penjagaan, peningkatkan kos penjagaan kesihatan dan perubahan corak dalam perbelanjaan kesihatan.
Kementerian sedang berusaha melakukan pembaharuan dalam sistem penjagaan kesihatan di mana peranan sektor swasta akan dipertingkatkan lagi, katanya.
Perubahan perlu dilakukan terhadap empat peringkat dasar untuk mentransformasikan sistem penjagaan kesihatan, sesetengahnya agak radikal dengan implikasi besar, katanya dan menurutnya butirannya sedang diperincikan dan pelaksanaan akan dilakukan secara berperingkat.
“Orang awam akan dimaklumkan mengenai pembaharuan ini, tetapi apa yang saya ingin tekankan sekarang ialah semua rakyat Malaysia harus sedar bahawa perubahan ini amat penting dan pasukan petugas kita perlu membangunkan kemahiran yang sesuai untuk mengguna pakai, memudahkan dan melaksanakan perubahan itu,” katanya.
Muhyiddin turut menggesa doktor pergigian membiasakan diri mereka dengan rancangan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan kejayaan sistem pembaharuan kesihatan yang dicadangkan.
Dalam konteks amalan dan profesion doktor pergigian, terdapat keperluan bagi penyertaaan oleh industri pergigian untuk membangunkan perkhidmatan pergigian, melakukan inovasi dan mengeluarkan bahan berkualiti untuk berdaya saing dengan pasaran antarabangsa.
“Dalam sektor kesihatan, kami menjangka lebih banyak pendapatan dijana melalui penyertaan lebih agresif dalam industri pelancongan kesihatan, pengeluaran alat perubatan dan farmaseutikal,” katanya.- Bernama/MediaUMNO
KUALA LUMPUR 11 Jan. – Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga dikenali sebagai masjid besi bukan sahaja menjadi salah satu mercu tanda baru Putrajaya dan tempat ibadah semata-mata tetapi perlu dijadikan pusat bagi merapatkan hubungan masyarakat.Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berharap, orang ramai akan menggunakan kemudahan yang ada setiap masa termasuk pada waktu-waktu solat.“Keselesaan terhadap keperluan masyarakat amat ditekankan dan dalam hal ini, kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang begitu memahami hasrat rakyat dalam menunaikan ibadah,” kata beliau yang juga Setiausaha Agung BN/UMNO.Beliau berkata, biarpun telah ada dua masjid di Putrajaya, namun keperluan terhadap surau-surau mengerjakan solat Jumaat bagi masyarakat setempat masih dirasakan.“Terdapat lima surau dijadikan tempat menunaikan solat Jumaat atas kelulusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan kewujudannya masih relevan memandangkan kedudukannya yang berjauhan dengan masjid.”Tengku Adnan turut hadir pada majlis perasmian masjid yang disempurnakan oleh Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.Turut serta pada majlis perasmian tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.Pembinaan masjid yang bernilai RM200 juta ini dimulakan pada 2004 dengan menggunakan 70 peratus bahan binaan daripada besi dengan menerapkan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China.Istimewanya, kedudukan masjid tersebut dihubungkan dengan Dataran Putrajaya melalui sebuah jejantas dengan dikelilingi kolam air, seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra.Selain itu, pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit bertetulang kaca untuk mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur yang menjadikan masjid ini kelihatan berwarna putih dari jauh. – MediaUMNO
Talkin Untuk Raja Petra, Biar England Jadi Kuburnya!
May 25th, 2010Wahai Raja Petra Raja Kamarudin, editor laman web MalaysiaToday yang banyak memburuk-burukkan Malaysia. Kamu kini menjadi pelarian dan telah tercabut akar dari bumi Malaysia tercinta.
Pastinya kamu akan ’disemadikan’ di England, bekas penjajah Tanah Melayu. Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas kamu serta diberikan taufik dan hidayah dalam menjalani hidup sebagai seorang pelarian yang selalu menghina dan memperlekeh negara asalnya.
Wahai Raja Petra , sebagai orang pelarian, sentiasa tetapkan hatimu. Inilah antara dugaan yang besar dalam hidupmu. Ingatlah bahawa kamu sekarang telah memilih untuk tidak mahu kembali ke Malaysia. Kamu hina sistem perundangan, keselamatan dan apa sahaja yang ada kaitannya dengan tanah Melayu yang kami cintainya.
Insaf dan sedarlah wahai Raja Petra, bahawasanya pelarian kamu itu pastinya tidak akan kekal lama. Akhirnya kamu akan menerima hukuman juga.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah menjinakkan hati kamu yang liar. Mudah-mudahan Allah akan memberikan keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Wahai Raja Petra, bukankah telah datang kepada kamu orang-orang yang memberikan keterangan dan peringatan tentang apa yang telah kamu lakukan. Mengapa pula kamu terus menutup hati, membutakan mata dan memekakkan telinga.
Kamu tetap memilih untuk menghina Malaysia.
Maka, sekiranya kamu diektradisi kelak, ISA itulah sebaik-baiknya tempat kembali.
Allah telah mengingatkan kamu dan kita semua , ”Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’raaf : 179)
Apakah kamu tidak melihat bagaimana Allah telah memberikan kamu sebuah negara yang aman dan harmoni. Dibentangkan di hadapan kamu akan kerukunan hidup masyarakatnya. Diberikan pakaian, tempat tinggal, makan dan minum, isteri dan anak-anak, agar dengannya kamu mensyukuri akan nikmat-nikmat dari Tuhanmu.
Bukankah kamu selama ini telah beroleh kebebasan dan kesejahteraan di dalam negara. Kamu keluar rumah dengan selamat. Sekembalinya kamu juga dengan selamat. Apakah kamu tidak dapat membandingkan darihal hidup saudara-saudara kamu di luar negara? Demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir.
”Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan” (Surah Ar-Rahman)
Janganlah pula kamu tergolong dari kalangan orang-orang yang melampaui batas. Telah berlaku kerosakan dalam negara hasil dari tangan dan mulut kamu. Telah berpecah perpaduan masyarakatnya juga hasil dari apa yang kamu lakukan.
Kamu hina agama Allah dan Pesuruh-Nya. Kamu merendah-rendahkan martabat Raja-Raja Melayu. Kamu sampaikan kepada manusia berita-berita berupa fitnah dan pembohongan sedangkan kamu mengetahui akan kebenarannya.
Kamu mengatakan orang lain sebagai zalim. Padahal kamulah orang yang zalim itu. Kamu mengajak masyarakat untuk melakukan pemberontakan, kezaliman dan kekufuran. Telah terang dan nyata kepada kamu darihal orang-orang Yahudi dan orang-orang kafir yang sentiasa memusuhi Islam. Tetapi kamu engkar malah kamu menuruti kata-kata mereka.
Maka, penjara jualah sebaik-baik tempat bagi orang-orang yang zalim.
Lalu dikatakan kepada kamu, inilah ISA yang sering kamu dustakan. Sesungguhnya ISA itu tidak dijadikan untuk orang-orang yang melakukan kebaikan. Tetapi dijadikan untuk orang-orang seperti kamu. Kamu menuntut agar ISA dihapuskan agar kamu beserta golongan yang munafik itu bebas untuk melakukan kejahatan.
Ingatlah, kerajaan dan rakyat tidak sesekali terpedaya dengan tipu-daya kamu walau sedikit pun. Kerajaan tidak menzalimi sesiapa melainkan mereka itulah sebenarnya zalim terhadap negara dan diri mereka sendiri.
Perkukuh Parti, Bersedia Awal Hadapi PRU 13
May 27th, 2010MELAKA 26 Mei – Pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan di negeri ini diingatkan supaya terus berganding bahu membuat persediaan awal memperkukuhkan parti dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, semua ahli parti tidak boleh berasa selesa sebaliknya perlu menjadikan keputusan Pilihan Raya Umum 2008 sebagai iktibar untuk menawan kembali kerusi yang terlepas kepada pembangkang.
Menurutnya, senario politik negara telah berubah sejak 2008 dan sejarah UMNO yang gemilang bukan lagi menjadi satu jaminan untuk terus berkuasa jika masih terdapat di kalangan pemimpin dan ahli parti bercakaran sesama sendiri.
”Kesatuan dan perpaduan amat penting. Jika ingin memastikan UMNO dan BN terus memerintah negara, seluruh pemimpin dan ahli perlu bekerjasama menyakinkan rakyat bahawa UMNO dan BN masih relevan untuk terus berkuasa.
”Untuk itu, seluruh jentera parti perlu bekerja kuat dari sekarang untuk memperkukuhkan perpaduan sama ada di peringkat cawangan atau bahagian. Tumpuan kita ialah membuat persiapan awal menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun UMNO ke-64 peringkat negeri yang diadakan di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini semalam.
Kira-kira 1,000 orang hadir terdiri daripada Ketua-Ketua UMNO di peringkat bahagian dan cawangan termasuk Wanita, Puteri dan Pemuda.
Majlis sambutan dimulakan dengan Mohd. Ali menaikkan bendera UMNO di pekarangan Seri Bendahara sebelum disusuli solat maghrib berjemaah diikuti bacaan Yassin, tahlil serta doa kesyukuran sebelum solat isyak di Dewan Seri Bendahara di sini.
Mohd. Ali yang juga Pengerusi BN negeri menambah, pada pilihan raya yang akan datang kejayaan BN perlu dipertahankan di negeri ini setelah memenangi 28 daripada 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta lima daripada enam kerusi Parlimen.
”Walaupun senario politik 2008 melihat lima negeri menjadi milik pembangkang dan prestasi beberapa negeri merosot tetapi Melaka masih mampu bertahan walaupun lima DUN dan satu kerusi Parlimen menjadi milik pembangkang,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli parti khususnya di peringkat akar umbi untuk bersama-sama menggembleng tenaga bagi memastikan kekuatan parti dipertingkatkan bagi menjamin kejayaan pada pilihan raya umum akan datang. – Utusan Malaysia/MediaUMNO
Nizar Menghasut Pengundi Cina Di Hulu Selangor
“Gentlemen”-lah, Memang Dah Kalah
Apr 27th, 2010
JOHOR BAHARU, April 27 - Tan Sri Muhyiddin Yassin minta parti-parti pembangkang supaya menerima keputusan mereka kalh pada Pilihan Raya Kecil, Ahad lalu.
Timbalan Perdana Menteri juga meminta pembangkang menghentikan tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap Barisan Nasional (BN).
Katanya, BN telah menang dan pembangkang patut terima pilihan pengundi Hulu Selangor itu.
“Jadilah ‘gentleman’ dan berhentilah buat andaian,” katanya kepada pemberita selepas melawati Kompleks Kastam, Imigrasen dan Kuarantin di sini, hari ini.
Beliau berkata, tidaklah wajar untuk parti-parti pembangkang melontar isu-isu hanta kerana mereka tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya itu.
Muhyiddin telah diminta mengulas dakwaan-dakwaan pembangkang kononnya BN membeli undi.
Pada pilihan raya itu, Calon BN P. Kamalanathan mengalahkan Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan menawan semula kerusi parlimen itu dengan majoriti 1,725 undi.
Kamalanathan meraih 24,997 undi, manakla Zaid 23,272 undi.
Muhyiddin juga berkata, BN akan melaksankn bedah siasat terhadap keputusan pilihan raya itu, termasuk punca penurunan jumlah undi kaum Cina kepada BN.
“Kami akn mengkaji perangkaan daripada semua saluran mengundi supaya kami boleh merangka strategi-strategi untuk memperukukuhkan BN,” ujarnya.
Mengenai dakwaan pemimpin Dap Lim Kit Siang bahawa UMNO membenarkan Perkasa membawa suar ultra Melayu, Muhyiddin kata Perkasa adlah pertubuhan bukan kerajaan dan mempunyai pendirian mereka sendiri berhubung pelbagai hal.
“Perkasa adalah insiatif beberapa pemimpin Melayu dan jika mereka mahu bersuara berkenaan beberapa isu untuk kepentingan Melayu, itu hak mereka untuk berbuat demikian,” jelasnya.
Muhyiddin berkata, Lim sendiri menerusi blognya sendiri dan di dalam ucapan-ucapannya menyeru kesatuan kaum tertentu untuk menafikan hak-hak kaum lain.
Beliau berkata, Lim pernah menyebut “the pot calling the kettle black.