AKTIVITI - AKTIVITI

Masalah Perparitan yang berlaku di Kg.Kubang Parit.
 
 
 
 
Dato' Wan Ahmad Farid bersama-sama Wan Mahyudin Wan Ngah PPD Wakaf Mempelam turun padang bagi menyelesaikan masalah perparitan yang berlaku di Kg.Kubang Parit.
Turut bersama-sama ialah Setiausaha JKKK En. Ibrahim Mohamed dan juga Pegawai daripada Jabatan Perparitan dan Saliran En.Maliki B. Idris.

21.06.2010
Isnin
Location: Kg. Kubang Parit






Majlis Perjumpaan Jawatankuasa Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Daerah Kuala Terengganu


 Ahli Jawatankuasa Peniaga-Peniaga yang hadir bergambar sebagai  kenang-kenangan bersama Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh




Menceritakan permasalahan yang dialami oleh peniaga-peniaga...







Berbincang untuk mengatasi masalah yang dialami..


Majlis Perjumpaan Jawatankuasa Persatuaan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Daerah Kuala Terengganu dengan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga pasar malam dan juga tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Seramai 1202 orang ahli yang berdaftar dan 98% daripadanya menjalankan perniagaan sepenuh masa dalam pasar malam.












Program 1Malaysia bersama PEMADAM dan K-Bestari


Kehadiran Dato' disambut meriah oleh masyarakat setempat yang turut hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Program 1Malaysia anjuran PEMADAM dan K-Bestari.


Dato' melawat booth Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu yang menyertai program ini.



Kuala Terengganu Specialist (KTS) menjalankan tangung sosial-nya dengan menyediakan pemeriksaan kesihatan PERCUMA bagi orang ramai yang hadir.



Dato' juga mengambil kesempatan untuk memeriksa tahap kesihatan beliau. Beliau berkata " Kesihatan Kita Adalah Kekayaan Kita".





Perlawanan Tarik Tali diadili oleh Dato'. Penyertaan bagi setiap acara yang dijalankan amat lah diluar jangkaan.



"Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manisan dalam senyuman" kata beliau.



Menyampaikan Bantuan untuk Mangsa Kebakaran di Kampung Pak Pa



Sebagai Kenangan, wakil dari Kuala Terengganu Specialist (KTS).



Program 1Malaysia bersama PEMADAM dan K-Bestari Mukim Gelugur11 K.Trg anjuran bersama oleh JKKK Kg. Melintang dan Pejabat Dun Wakaf Mempelam.
Pelbagai acara yang dianjurkan antaranya pertandingan mewarna,isi air dalam botol,cari gula-gula dalam tepung,tarik tali.
Selain itu juga, pameran oleh pihak PEMADAM juga disediakan dan juga pengkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma daripada Kuala Terengganu Specialist(KTS).


Lokasi : Padang Kg. Melintang. Kuala Terengganu
Tarikh: 29 Mei 2010 (Sabtu)





Berbakti Kepada Rakyat yang Memerlukan


Kehadiran Dato' Wan Ahmad Farid menjayakan lagi majlis gotong royong membaiki rumah rakyat yang uzur dan memerlukan bantuan.



Dato' turut menghulurkan tenaga dalam gotong royong membaiki rumah atap rumah milik Zaimah Binti Awang  yang uzur.



Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh selaku Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu dan juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu ditemani Wan Mahyudin Wan Ngah selaku Pegawai Pembangunan Dun Wakaf Mempelam meninjau proses pembaikan pulih.

Tarikh : 29.05.2010
Lokasi : Kampung Panji, Kuala Terengganu





Melawat Rumah Mangsa Kebakaran di Kampung Pak Pa


 Syed Ahmad Jalal Al - Idrus (mangsa kebakaran )(berbaju putih, sebelah kanan) menceritakan akan detik -detik cemas kepada Dato' dan Wan Mahyudin Wan Ngah (Pegawai Pembangunan Dun Wakaf Mempelam).





Keadaan rumah yang hangus terbakar. Kebakaran ini membabitkan 2 buah rumah.

Lokasi : Lorong Kenanga, Kampung Pak Pa
Tarikh 23.05.2010





Program Gerak Mesra Pemimpin Bersama Rakyat



Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyampaikan amanat kepada penduduk-penduduk yang hadir akan kepentingan perpaduan anatara satu sama lain. 



Sedang asyik mengupas kulit kentang - Ketika menyertai pertandiangan mengupas kulit kentang.



Memberikan kata semangat kepada peserta-peserta Pertandingan menyambut belon berisi air.



Menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Dato' Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh merasmikan penutup Gerak Mesra Pemimpin Bersama Rakyat. Aktiviti seperti gotong-royong dan sukaneka juga turut dianjurkan oleh KEMAS dengan kerjasama JKKK Kampung Seberang Baruh, Cabang Tiga.
Pelbagai sukaneka yang dilakukan seperti acara isi air dalam botol,'Bowling' buah kelapa,cari gula-gula dalam tepung,melontar belon yang berisi air, dan sebagainya.
Program ini dihadiri oleh pelbagai lapisan umur daripada penduduk setempat.
Dalam ucapannya, Dato' berharap agar Program seperti ini dapat di anjurkan selalu supaya ianya dapat merapatkan hubungan antara pemimpin bersama rakyat dan juga dapat merapatkan silaturahim antara penduduk kampung.


 8 MEI 2010
 Sabtu
 Seberang Baruh, Cabang Tiga, KTRG






Program Dana Bakti Remaja Dun Wakaf Mempelam







Program Kem Dana Bakti Remaja Dun Wakaf Mempelam telah di adakan di kem Peladang Setiu Agro Resort bermula 9 April hingga 10 April 2010 yang di sertai 143 orang peserta terdiri daripada pemuda dan puteri.

Sepanjang kursus ini, peserta di dedahkan dgn pelbagai aktiviti antaranya latihan dalam kumpulan, tayangan slot, riadah dan sebagainya bagi membina jati diri, semangat setiakawan dan cintakan tanah air.

Majlis penutup telah di rasmikan oleh Dato' Wan Ahmad Farid bin Dato' Wan Salleh, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu dan turut di hadiri oleh Tuan Haji Wan Mahyudin bin Wan Ngah,Pegawai Pembangunan DUN Wakaf Mempelam serta Encik Badrul Hisham bin Zaki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Dalam ucapan penutup, beliau telah menekankan beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian oleh golongan muda pada hari ini supaya mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.
Agro Resort, Setiu, TRG