Majlis Pelancaran Ekspo Usahawan Tani Negeri Terengganu 2010
Majlis dimulakan dengan bacaan doakan
Acara dirasmikan dengan memotong reben....
Penyerahan bantuan motosikal roda tiga kepada en Ismail Bin Ali salah seorang penerima bantuan dari fama
melihat produk hasil daripada kulit kambing.
pameran dan jualan ikan laga juga turut serta..
Dato' mencuba sendiri mengoreng keropok lekor sambil diperhati oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd. Dagang.
melihat produk tempatan iaitu madu Tualang...
Mencuba sendiri Kopi Tarik....
Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh,Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kuala Terengganu, merasmikan Majlis Pelancaran Ekspo Usahawan Tani Negeri Terengganu 2010 di Dataran Shah Bandar.
Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd. Dagang.
Sebanyak 112 usahawan dari seluruh negeri menyertai ekspo tahunan itu yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 6 Jun ini.
Ekspo yang dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam itu menyediakan pelbagai pilihan produk berasaskan tani seperti herba, minuman, buah-buahan, makanan, ikan hiasan dan kraftangan.
Pengarah FAMA negeri, Hasan Jusoh berkata, FAMA negeri kini dalam usaha memperkembangkan produk berasaskan ikan air tawar yang semakin mendapat permintaan di seluruh negara.
Katanya, pada masa kini Pasar Tani Padang Hiliran, dekat sini menjadi lokasi tumpuan utama di negeri ini untuk mendapatkan produk berkenaan.
''Setakat ini kita mempunyai sebanyak 12 peserta yang terlibat dalam perusahaan ikan air tawar dan kesemua mereka sedang giat mempromosikan produk itu.
"Antara produk yang dihasilkan ialah ikan keli pekasam dan salai yang semakin diminati pengguna," jelasnya.
04.06.2010
Jumaat