Monday, May 31, 2010

Sembang Santai



Pemimpin Bertemu Rakyat



Kehadiran Y.B Toh Chin Yaw ADUN Bandar disambut mesra oleh masyarakat setempat.



Kehadiran Dato' Wan Ahmad Farid disambut mesra oleh penduduk setempat



Penduduk setempat yang hadir memeriahkan lagi program santai ini. Ini sekaligus merapatkan lagi hubungan antara Pemimpin dan Rakyat, juga hubungan rakyat dan rakyat.





Menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada warga emas yg uzur.



Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh sempat beramah mesra, bertanyakan khabar.




Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu bersama-sama Y.B Toh Chin Yaw ADUN Bandar hadir untuk sembang-sembang petang bersama-sama penduduk kampung setempat


Lokasi : Pengkalan Nelayan Kg Losong

Saturday, May 29, 2010

Program 1Malaysia bersama PEMADAM dan K-Bestari

Program 1Malaysia bersama PEMADAM dan K-Bestari


Kehadiran Dato' disambut meriah oleh masyarakat setempat yang turut hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Program 1Malaysia anjuran PEMADAM dan K-Bestari.


Dato' melawat booth Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu yang menyertai program ini.




Kuala Terengganu Specialist (KTS) menjalankan tangung sosial-nya dengan menyediakan pemeriksaan kesihatan PERCUMA bagi orang ramai yang hadir.




Dato' juga mengambil kesempatan untuk memeriksa tahap kesihatan beliau. Beliau berkata " Kesihatan Kita Adalah Kekayaan Kita".







Perlawanan Tarik Tali diadili oleh Dato'. Penyertaan bagi setiap acara yang dijalankan amat lah diluar jangkaan.




"Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manisan dalam senyuman" kata beliau.




Menyampaikan Bantuan untuk Mangsa Kebakaran di Kampung Pak Pa




Sebagai Kenangan, wakil dari Kuala Terengganu Specialist (KTS).



Program 1Malaysia bersama PEMADAM dan K-Bestari Mukim Gelugur11 K.Trg anjuran bersama oleh JKKK Kg. Melintang dan Pejabat Dun Wakaf Mempelam.
Pelbagai acara yang dianjurkan antaranya pertandingan mewarna,isi air dalam botol,cari gula-gula dalam tepung,tarik tali.
Selain itu juga, pameran oleh pihak PEMADAM juga disediakan dan juga pengkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma daripada Kuala Terengganu Specialist(KTS).


Lokasi : Padang Kg. Melintang. Kuala Terengganu
Tarikh: 29 Mei 2010 (Sabtu)

Khidmat Masyarakat

Berbakti Kepada Rakyat yang Memerlukan


Kehadiran Dato' Wan Ahmad Farid menjayakan lagi majlis gotong royong membaiki rumah rakyat yang uzur dan memerlukan bantuan.




Dato' turut menghulurkan tenaga dalam gotong royong membaiki rumah atap rumah milik Zaimah Binti Awang  yang uzur.




Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh selaku Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu dan juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu ditemani Wan Mahyudin Wan Ngah selaku Pegawai Pembangunan Dun Wakaf Mempelam meninjau proses pembaikan pulih.



Tarikh : 29.05.2010
Lokasi : Kampung Panji, Kuala Terengganu




Wednesday, May 26, 2010

Terkini


17 Pelajar Agama Terima Biasiswa RM5.1 Juta

May 27th, 2010
BIASISWA 1MALAYSIA… NAJIB Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom bersama sebahagian daripada 17 pelajar yang menerima biasiswa 1Malaysia di Putrajaya, semalam. Mereka adalah lulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia dari sekolah menengah agama negeri dan sekolah menengah agama rakyat. Setiap seorang daripada mereka menerima biasiswa RM300,000 bagi tempoh pengajian selama enam tahun dalam bidang perubatan di Mesir.
PUTRAJAYA 26 Mei – Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini menunaikan satu lagi janjinya apabila menyerahkan surat tawaran biasiswa 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bernilai RM5.1 juta kepada 17 pelajar cemerlang aliran agama bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.
Pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan sekolah menengah agama rakyat (SMAR) itu menerima biasiswa sebanyak RM300,000 bagi tempoh enam tahun pengajian.
Perdana Menteri berkata, beliau mahu melihat pelajar agama yang cemerlang itu menjadi golongan ulul albab selain mempunyai pilihan yang luas dalam bidang pengajian termasuk dalam kursus kritikal yang diperlukan negara.
‘‘Ini bagi mereka yang hendak meneruskan pengajian untuk menjadi pegawai agama yang mana kita dapat lihat mereka bertugas di Pusat dan negeri-negeri.
“Di samping itu, saya juga sedar bahawa kita perlu memberi satu lagi pilihan kepada mereka yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang kritikal kerana ini juga terangkum dalam hasrat kita untuk melahirkan umat cemerlang dan membangunkan tamadun Islam yang berjaya,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB berkata demikian pada majlis penyampaian surat tawaran biasiswa tersebut di sini hari ini.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin dan Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
Sementara itu, penerima biasiswa 1MDB berazam lulus cemerlang akan bekerja keras untuk lulus cemerlang.
Para pelajar aliran agama itu berazam membalas jasa kerajaan dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajian perubatan masing-masing.
Sebagai kumpulan pertama yang menerima biasiswa tersebut, mereka amat berterima kasih kepada Najib kerana membantu merealisasikan hasrat untuk bergelar doktor.
Sakinah Abdullah Fadzil, 18, dari Terengganu yang bakal melanjutkan pengajian di University of Tanta, Mesir berkata, dia berasa amat bertuah kerana turut tersenarai bersama 16 lagi pelajar pertama yang dianugerahkan biasiswa tersebut.
”Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang supaya biasiswa yang diterima ini berbaloi kepada kerajaan.
”Saya mahu balas jasa kerajaan kerana membantu kami meneruskan pengajian di luar negara dalam bidang perubatan, semua ini benar-benar menyuntik semangat saya,” katanya ketika ditemui selepas menerima surat tawaran biasiswa 1MDB dari Perdana Menteri di sini hari ini.
Madihah Mat Ali, 19, pula yang bakal melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir bersyukur kerana terpilih melanjutkan pelajaran dalam bidang diminati.
”Saya akan manfaatkan biasiswa ini dengan sebaik mungkin demi mencapai cita-cita untuk bergelar doktor dan berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.
Menurut pelajar yang berasal dari Kelantan itu, keprihatinan kerajaan dalam membantu pelajar aliran agama membuktikan ketelusan kerajaan dalam membela nasib mereka.
Dalam pada itu, Neena Farhana Sani, 18, menyifatkan dirinya bertuah kerana tersenarai bersama-sama 16 lagi penerima biasiswa 1MDB.
Katanya, persaingan agak sengit kerana ia turut dipohon oleh 593 pemohon lain.
”Insya-Allah, saya akan melanjutkan pengajian di Universiti Kaherah dan saya mahu lakukan yang terbaik dan pulang dengan kejayaan ,” katanya.
Katanya, pemberian biasiswa tersebut membuktikan komitmen kerajaan dalam membantu pelajar aliran agama meningkatkan lagi ilmu dalam bidang perubatan.
Sementara itu, Muhammad Ilham Hakimi Mohd. Zaidi, 18, berkata, impiannya untuk bergelar doktor dan melanjutkan pengajian di Asia Barat menjadi kenyataan.
”Pemberian biasiswa ini benar-benar memberi seribu makna kepada saya, lebih-lebih lagi ia disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri,” katanya. – Utusan Malaysia/MediaUMNO

Melawat Rumah Terbakar Di Kampung Pak Pa



 Syed Ahmad Jalal Al - Idrus (mangsa kebakaran )(berbaju putih, sebelah kanan) menceritakan akan detik -detik cemas kepada Dato' dan Wan Mahyudin Wan Ngah (Pegawai Pembangunan Dun Wakaf Mempelam).





Keadaan rumah yang hangus terbakar. Kebakaran ini membabitkan 2 buah rumah.

Lokasi : Lorong Kenanga, Kampung Pak Pa
Tarikh 23.05.2010

Wednesday, May 12, 2010

Pesanan Perdana Menteri







Sayangi Parti, Dekati Hati Rakyat – Najib


KUALA LUMPUR 11 Mei – Anggota UMNO perlu sayangi parti, mendekati hati rakyat sepanjang masa dan kembali kepada semangat jati diri berjuang dengan gigih supaya parti ini terus disegani dan mendapat tempat di hati rakyat, kata Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.
UMNO, kata Perdana Menteri, perlu menjadikan perjuangan untuk rakyat sebagai jati diri bagi membolehkan mereka menjadi pemimpin yang dekat di hati masyarakat.
Untuk menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, para pemimpin UMNO perlu sentiasa berusaha dan membuat program-program sepanjang masa dan bukannya turun padang hanya pada musim-musim pilihan raya sahaja.
“Untuk sentiasa menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, buatlah usaha, program sepanjang masa, sepanjang zaman… bukan dekat pilihan raya baru ke hulu ke hilir siapkan data peribadi.
“Masa inilah kita mesti tunjukkan kita pemimpin yang sentiasa berjuang untuk kepentingan rakyat sepanjang masa. Inilah UMNO yang mesti dijadikan jati diri kepada kita semua,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-64 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Naib-naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, anggota-anggota Majlis Tertinggi UMNO dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut hadir.
Najib menceritakan, semasa sembahyang Maghrib sebelum majlis tahlil, membaca surah Yasin dan doa kesyukuran bermula, beliau duduk di sebelah seorang pejuang veteran UMNO.
“Pejuang veteran itu sanggup menaiki bas selama enam jam semata-mata untuk hadir ke majlis pada malam ini. Dia datang kerana sayangkan parti… sayang UMNO dia sanggup naik bas enam jam untuk hadir majlis tahlil dan bacaan Yasin dan pulang menaiki bas selepas majlis ini selesai,” ujar beliau.
“Kerana sayangkan UMNO, sanggup berjuang habis-habisan. Sayang UMNO mesti jadi pejuang yang dekat di hati rakyat dan sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat,” katanya yang disambut tepukan kira-kira 3,000 anggota UMNO dan tetamu yang hadir.
“Saya rasa terharu lihat muka pejuang UMNO itu. Kalau dia mahukan sesuatu saya agak sudah terlambat untuk dia minta. Bila saya tanya kenapa dia datang, katanya dia datang semata-mata kerana sayangkan parti,” kata Najib.
Beliau berkata semangat sayangkan parti seperti itu wajar dijadikan contoh dan pegangan anggota parti, tidak kira tua atau muda bagi memastikan parti itu terus disegani.
Najib turut mengingatkan anggota parti bahawa walaupun kini sokongan kepada parti agak meningkat khususnya di kalangan orang Melayu, namun anggota parti tidak boleh menjadikan UMNO dilihat hanya memperjuangkan kelompok tertentu sahaja.
Sebaliknya, beliau berkata UMNO mesti berpaksi kepada kepentingan rakyat jelata yang merupakan kunci kejayaan sesebuah parti politik.
Najib turut mengulangi ingatannya kepada anggota UMNO terhadap punca kejatuhan Parti Liberal Demokratik (LDP) yang tumbang di tangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) selepas 54 tahun memerintah Jepun.
Beliau berkata kisah parti politik itu tetap relevan untuk dijadikan iktibar dalam perjuangan UMNO.
“Dalam majlis seperti ini, kita harus mengingatkan diri sebagai parti politik yang sudah wujud dan menjadi pemerintah selama 46 tahun dan melalui 12 pilihan raya umum bahawa UMNO tetap berdepan pelbagai cabaran.
“Oleh itu, kita harus mengambil iktibar apa yang berlaku pada parti lain yang lebih kurang usianya dengan UMNO tetapi hari ini sudah menjadi pembangkang,” katanya.
Najib yang menyifatkan sambutan tahun ini lebih meriah berbanding sebelum ini, berkata: “Mungkin kepada kita semua, mood dalam UMNO hari ini bertambah, lebih berkeyakinan akan masa depan parti.
“Sekurang-kurangnya kalau kayu pengukurnya pada dua pilihan raya kecil lepas (Bagan Pinang dan Hulu Selangor) jelas menunjukkan orang Melayu, walaupun mungkin tidak semua, sudah kembali kepada Umno.
“Oleh itu saya merasa syukur segala usaha, perkara yang dimulakan dan segala yang sudah dilaksanakan telah membuahkan hasil yang lebih meyakinkan. Oleh itu sambutan ulang tahun ke-64 UMNO ini, saya berasa lebih optimis tentang masa depan parti,” katanya.
Sebelum itu, Najib dan anggota UMNO memulakan acara sambutan ulang tahun UMNO dengan menunaikan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Yasin, Tahlil serta doa kesyukuran sebelum solat Isyak diimamkan oleh Mufti Johor, Datuk Noh Gadut di Dewan Tun Razak, PWTC.